SELAMAT MELAYARI LAMAN BLOG RASMI SK DEGONG

Falsafah Sekolah

VISI
Menjadikan Sekolah Kebangsaan Degong Komuniti Berilmu, Cemerlang dan Unggul

MISI
Berusaha memberikan perkhidmatan yang cemerlang untuk muncul sebagai sekolah yang unggul dan terbilang di daerah Hilir Perak dalam bidang-bidang :

1. Pengurusan dan kepimpinan yang cekap, berkesan, telus dan tulus.

2. Akademik yang berasaskan pengurusan pembelajaran dan pengajaran yang berkualiti bagi mencapai keputusan peperiksaan awam yang cemerlang.

3. Sahsiah yang berasaskan program pembangunan insan.

4. Sukan yang berasaskan pendekatan saintifik dan inovatif.

5. Kokurikulum yang berasaskan pembinaan generasi bestari, jati diri dan integrasi Nasional.


MOTO SEKOLAH

Maju Untuk Kejayaan


SLOGAN SEKOLAH

Berusaha, beramal Dan Bertawakal


PIAGAM PELANGGAN 
Kami warga pendidikan SK Degong dengan penuh tekad dan iltizam akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk : 


1. Memastikan semua murid sekolah ini mendapat pendidikan bermutu selaras dengan Falasafah Pendidikan Negara. 

2. Mengagihkan tugas dan tanggungjawab guru dan kakitangan secara adil demi kemajuan sekolah tanpa mengambil kira kepentingan peribadi. 

3. Memastikan semua keperluan murid dipenuhi sama ada keperluan pembelajaran, kasih sayang fizikal dan intelek. 

4. Menguruskan kewangan sekolah dengan keperluan yang sesuai demi kemajuan pendidikan akademik, sukan dan kesahsiahan. 

5. Memberikan tumpuan yang lebih kepada murid-murid lemah untuk mencapai prestasi yang baik dan seimbang di bidang pelajaran. 

6. Memperbaiki sistem penilaian dan pengesanan dalam pembelajaran murid-murid. 

7. Memastikan setiap murid berpeluang membaca dan meminjam buku di pusat sumber sekolah. 

8. Sedia menerima sebarang teguran atau pendapat dari mana-mana pihak dalam meningkatkan kemajuan 
dalam sektor pendidikan.